Monday, March 13, 2017

TRIP SANTAI DI KELONG PAKNGAH PULAU JEREJAK, PENANG.

Assalammualaikum..seperti yang dijanjikan admin akan mula memposting trip-trip yang admin dan rakan-rakan komplot rancangkan.

Kali ini geng komplot dari continental memilih destinasi yang semakin popular dan mendapat tempat dihati kalangan anglers angler dari pulau pinang dan kawasan yang sewaktu dgn nya. Pada 10FEB2017 kami sepakat memilih waktu malam untuk beraksi.

Kelong Pakngah nie terletak di sisi kiri Pulau Jerejak jika melihat sudut pandangan dari Pulau dan bertentangan dengan jambatan PP lama.

Maklumat tentang Kelong PakNgah boleh la rujuk gambar di bawah:- 


FB rasmi Kelong Pakngah

Tetapi maklumat terkini yang admin dapat,,kelong nie dah dapat arahan dr kerajaan negeri supaya ditutup...SEDIHHHH!!!!!!!!!!

Pada Petang 10/02/17 ahli komplot seramai 11 org mula di bawa dgn menaiki bot dr jeti nelayan batu uban ke kelong, 2 kali trip jugaklah jwbnya..

 

Trip yang Pertama ke Kelong Saad, Azmin, pakngah, hadi,dan 2org jiran Azmin.





 Admin terpaksa la naik trip yg ke-2...tgn dh terketaq2 nk mincing tp x pa sempat jgk berselfie..huhuhuhu

Sambil menunggu sempat jgk admin berselfie dgn Amir, Hanif, Badrul dan Hamid...

Muka ada senyum aja..
 Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit utk ke Kelong, habis basah terkena tempias air laut, mungkin sebab bot yang kecil kot..hahaha


Jambatan PP yang dirakamkan dari Kelong Pakngah.

Ini lah kawasan yang menjadi permainan si Jenahak, Kerapu, Siakap dan Siakap Merah.

 Setibanya di kelong hari dah semakin gelap, tanpa membuang masa ahli komplot sudah pun mula membangau sehingga lah jam 8.00 malam barulah ada yang menyambar..


Hadi yang kusyuk set up untuk memancing.

Hasil Pertama yang Berjaya didaratkan oleh saudara Saad,,Siakap Putih seberat 600g...

Masih Membangau

Siakap Putih yang ke-2 dgn berat 2.+kg menyambar umpan dari rod Hadi tetapi didaratkan oleh saudara Saad juga.


Sekitar jam 10;00 mlm hingga 6;00 pg ada la juga aksi2 mendaratkan si penghuni laut tetapi x sempat dirakamkan kerana ada yg tidur da sebagainya..









Ini lah Hasil dari Berjaga sepanjang malam, admin cuma dapat ikan yang kecl2 sahaja..sedihhhh

Jam 7;00 pagi bot sudah dating membawa pemancing2 yang menyewa pada waktu siang dan berakhirlah trip kali ini.





 Sekian saja...jumpa lagi di lain TRIP..

* UMPAN YANG DIGUNAKAN
- Udang Hidup
- Umpun2
- Ikan Temenung/Kembung




No comments:

Post a Comment